PENGUMUMAN RASMI

Covid-19 adalah dirujuk. Dukacita dimaklumkan bahawa semenjak 27 Feb 2020, Apabila pihak berkuasa Arab memutuskan membatal dan menutup permohonan Visa Umrah, pihak agensi pengurusan umrah dan pengembaraan adalah pihak yang sangat terjejas, dan situasi ini, sehingga kini belum ada sebarang petunjuk dari Pihak Berkuasa Arab Saudi.
Justeru, Labbaik Travel & Tours selaku pihak yang bertanggungjawab terhadap jemaah umrah yang telah mendaftar dengan Labbaik Travel membuat pengumuman seperti berikut;
  1. Pihak Labbaik Travel akan terus bertanggungjawab kepada jemaah yang telah mendaftar pakej umrah musim 1441 H 2019/2020 dan bayaran yang telah dibuat adalah dalam keadaan selamat.
  2. Pihak Labbaik Travel akan menyediakan beberapa pilihan kepada jemaah untuk memilih tarikh yang baru berdasarkan polisi dan keputusan Pihak Berkuasa Arab Saudi.
  3. Semua dokumen penting akan dijamin keselamatannya di pihak Labbaik Travel & Tours, dan sekiranya pihak jemaah ingin mengambilnya, pihak Labbaik Travel & Tours akan memberikan kerjasama sepenuhnya.
  4. Sekiranya jemaah perlukan sebarang surat rasmi untuk diajukan kepada mana-mana pihak, Labbaik Travel & Tours sedia menyediakan sebagaimana diperlukan.
  5. Sekiranya jemaah terpaksa membatalkan tempahan pakej umrah, sila berhubung terus dengan Pengarah Urusan, Ustaz Muhidin Mokter di talian 019-3897089 untuk perbincangan lanjut.
Sekian, Salam hormat dari Team Pengurusan Labbaik Travel & Tours, semoga Allah s.w.t merahmati kita sepanjang bulan Ramadhan  dan dipermudahkan urusan kita untuk menjadi tetamuNya di masa akan datang.
UUSTAZ MUHIDIN MOKTER
USTAZAH ISFADIAH MOHD DASUKI
USTAZ MOHD NOR HANAFIE MOHD ZIN
USTAZ WAN AMRAN WAN MAHMOOD
USTAZ AMINURASHID SARDINI
USTAZAH NURAIDAH ABD. HAMID
CIK FATIN NABILA
PUAN FARIHAH
Updated: 05/05/2020
 
 
 
Fre Registration.png

JOM daftar klik link berikut; 

Assalamualaikum, 
Covid-19 memberi kesan besar dalam kehidupan manusia, walaupun ia sangat mencabar, namun ia tidak menghalang kita untuk lebih hampir dengan Allah s.w.t, lebih hampir dengan Rasulullullah s.a.w, disamping keyakinan dan keimanan kita kepada Allah semakin tinggi. Jom kita rancang menjadi TETAMUNYA dengan kita  tunaikan ibadah umrah walaupun keadaan masih belum pasti. Sekurang-kurang niat itu sudah dikira PAHALANYA, merancang juga sudah pasti ada GANJARANNYA

Daftar pakej umrah TANPA BAYARAN DEPOSIT bersama Labbaik Travel & Tours di bawah bimbingan Ustaz Muhidin & Ustazah Isfadiah.

Labbaik Cadangan Tarikh.png
Kursus Umrah.png
Daftar Online.png

USTAZAH ISFADIAH

Pengerusi Eksekutif

USTAZ MUHIDIN

Pengarah Urusan

Labbaik Travel & Tours, sebuah agensi pelancongan yang memfokuskan kepada pengurusan pakej-pakej umrah yang yang selamat dan terurus, bersinergi dengan agensi pelancongan berpengalaman seperti Andalusia Travel & Tours menjadikan Labbaik Travel & Tours  setanding dengan agensi-egensi tertanama di persada pengurusan pakej umrah.

Diterajui oleh dua tokoh tidak asing dalam dunia dakwah Ustaz Muhidin Mokter dan Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki menjadikan pakej umrah yang dikendalikan bukan hanya sekadar pakej ibadah umrah tetapi berbagai nilai tambah dan pengalaman yang menarik.

Labbaik Travel & Tours menawarkan berbagai pakej umrah bermula dari pakej ekonomi hinggalah Umrah VIP dan pilihan tarikh yang pelbagai  menjadikan ia pilihan utama umat Islam di Malaysia

 
 

Lesen Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya Malaysia

Labbaik Travel & Tours Sdn Bhd berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya Malaysia dengan no pendaftaran KPK/LN:3712.

Labbaik Travel & Tours Sdn Bhd

No 2 Tingkat 2 Jalan 1/76C Desa Pandan
55100 Kuala Lumpur
Phone  : +603-92266117
Fax      : +603-92010198
Mobile : +6011-57543502 / +6011-56617982
Email   : umrahlabbaik@gmail.com

Lesen Khas Umrah

Labbaik Travel & Tours Sdn Bhd juga berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya Malaysia sebagai syarikat yang mempunyai Lesen Khas Umrah (LKU) untuk menguruskan jemaah Umrah di Malaysia.  KPK/LKU/SUB 0475