CADANGAN ATURCARA PERJALANAN UMRAH & ZIARAH

* Tertakluk  kepada perubahan semasa

ATURCARA DI MAKKAH

7 HARI 6 MALAM

HARI 1: KETIBAAN DAN IBADAH UMRAH

 

Bagi Jemaah yang penerbangan terus ke Jeddah dan ke Makkah;

  • Lapor diri di KLIA 4 JAM sebelum penerbangan.

  • Check-in bagasi, serahan passport / boarding pass.

  • Jemaah dikehendaki memakai kain ihram di KLIA untuk memudahkan  untuk berniat ihram apabila melalui miqat Qarnul Manazil.

  • Tiba di Airport Jeddah

  • Berlepas ke Makkah (Menaiki Bas).

  • Tiba di Makkah – Jemaah akan dibawa dan dibimbing oleh Mutawwif bagi menyelesaikan umrah yang pertama.

Bagi Jemaah yang ke Madinah terlebih dahulu;

  • Bersiap memakai Ihram di hotel Madinah, bergerak ke Bi"r Ali untuk bermiqat dan meneruskan perjalanan ke Makkah.

HARI KE 2 

  • Ceramah Fadhilat Tanah Haram / Kewajipan Tawaf Wada Sebelum Ziarah Ke Taif Dan Pendaftaran Ziarah Taif

  • Aktiviti bebas di Masjidil Haram

HARI KE 3

  • Ziarah Luar Kota Makkah. Tempat yang akan dilawati adalah seperti berikut:  Jabal Rahmah, Muzdalifah, Komplek melontar Jamrah & Perkemahan Mina (melintasi & memandang dari dalam bas), Masjid Ja'ranah & bermiqat di Masjid Ja'ranah untuk umrah yang kedua.

  • Balik ke Kota Makkah dan menyempurnakan Ibadah Umrah dengan bimbingan Mutawwif.

HARI KE 4

  • Aktiviti bebas di Masjidil Haram. Jemaah  diberi kebebasan untuk melakukan aktiviti ibdaha secara bersedirian di Masjidil Haram.

  • Ziarah Pilihan Hudaibiyah (dengan bayaran tambahan) - Muzium Haramain (Tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa kerajaan Arab Saudi), Masjid Hudaibiyah & miqat (umrah pilihan).​

HARI KE 5

  • Melakukan beberpa aktiviti tambahan dan pilihan.  Jemaah boleh membuat pilihan beberapa aktivi tambahan yang disediakan samada yang disediakan secara percuma atau tambahan seperti berikut;

 

  • Ziarah Taif – Bagi jemaah yang ingin mengikuti  ziarah taif bolleh mendaftarkan nama kepada mutawwif bertugas. Lawatan di Taif meliputi Masjid Ibnu Abbas, Masjid Ku', Masjid Addas, Pasar Buah Taif, makan tengahari di Taif dan Masjid Qarnul Manazil. Jemaah yang ingin mengerjakan umrah boleh bermiqat miqat di Qarnul Manazil dan menyempurnakan ibadah umrah ke 3 pada malam tersebut. 

  • Umrah Tana'im, Jemaah juga Mempunyai pilIhan untuk mEnunaikan umrah sahaja dengan bermiqat di Masjid A'isyah, Tanaim. Jemaah akan menunaikan ibadah umrah ke 3 ini dengan bimbingan mutawwif

HARI KE 6

  • Majlis Tahlil, Ceramah kelebihan Makkah, Taklimat Tawaf Wada' dan pergerakan pulang kebtanah air atau pergerakan ke Madinah bagi jemaah yang akan bertolak ke Madinah.

  • Aktiviti bebas di Masjid Al-Haram

  • Persiapan packing bagasi untuk pergerakan jemaah pulang ke tanah air atau ke Madinah.

HARI KE 7

  • Membuat persiapan pergerakan dengan menurunkan bagasi ditempat yang ditetapkan.

  • Melakukan Tawaf Wida'

  • Bertolak ke Madinah atau ke Airport Jeddah dengan menaiki bas untuk  pulang ke tanah air .

ATURCARA DI MADINAH

5 HARI 4 MALAM

HARI 1: KETIBAAN DI KOTA MADINAH

  • Bagi jemaah yang  terus ke Madinah terlebih dahulu perlu berada di KLIA 4 jam sebelum waktu pelepasan penerbangan untuk tujuan check in dan taklimat perjalanan.

  • Ketibaan di Madinah dijangka antara jam 4.00pm-6.00pm dan Check in ke Hotel ( bergantung kepada jadual penerbangan kapal terbang)

  • Aktiviti bebas di Masjid al-Nabawi

HARI KE 2

  • Jemaah akan di bawa melawat sekitar Masjid Nabawi seperti Thaqifah Bani Saidah, Tapak Suuq Al-Nabi, Masjid Ghamamah dan Perkuburan Baqi'.

  • Jemaah akan dibimbing untuk ke Raudah di mana jemaah lelaki dan jemaah perempuan akan pergi secara berasingan.

  • Jemaah melakukan aktiviti bebas di Masjid al-Nabawi

HARI KE 3

  • Jemaah akan dibawa melawat di Luar Kota Madinah. Tempat yang akan dilawati adalah seperti berikut: Masjid Quba', Masjid Qiblatain (melintasi sahaja), Masjid Tujuh (Kandaq) (melintasi sahaja), Bukit Uhud, Perkuburan Syuhada' Uhud, dan pasar kurma.

HARI KE 4

  • Majlis Tahlil, Ceramah kelebihan Madinah, Taklimat Ziarah Wada' dan pergerakan ke Makkah atau pergerakan pulang ke Tanah Air ( Malaysia )

  • Persiapan packing bagasi untuk ke Makkah atau ke Makkah.

  • Aktiviti bebas di Masjid Al- Nabawi

HARI KE 5

  • Ziarah Wada' dan bersedia untuk meninggalkan Kota Madinah

  • Bergerak ke Makkah atau Ke Airport Madinah untuk pulang ke tanah air.